Pages

Saturday, 14 January 2012

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek @ BVPP


Semua pelawat-pelawat asing yang masuk ke Malaysia melalui mana-mana pintu masuk akan diberikan kemudahan Pas Lawatan (Sosial) untuk tujuan lawatan sosial termasuk aktiviti-aktiviti berikut :
  1. Melawat saudara mara
  2. Melancong
  3. Membuat liputan akhbar / berita
  4. Menghadiri mesyuarat
  5. Mengadakan perbincangan mengenai perniagaan / perdagangan
  6. Pemeriksaan kilang
  7. Mengaudit akaun syarikat
  8. Menandatangani perjanjian-perjanjian
  9. Menghadiri seminar-seminar
  10. Lawatan muhibah (goodwill mission) penuntut-penuntut atau menduduki peperiksaan peringkat Universiti
  11. Mengambil bahagian dalam perlawanan olahraga atau sukan dan
  12. Kegiatan-kegiatan khas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial


Permohonan lanjutan akan dipertimbangkan bagi kes-kes khas seperti sakit, kemalangan, peperangan di negara asal pelawat dan sebagainya. 
Pelawat juga dikehendaki mengemukakan bukti dan juga tiket perjalanan ke negara asal atau ke negara ketiga.


Dokumen-dokumen yang diperlukan
  1. Pasport pemohon
  2. Borang IMM 55
  3. Dokumen Sokongan(jika perlu)
  4. Tiket perjalanan ke Negara asal atau ke Negara ketiga.

No comments:

Post a Comment