ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 14 January 2012

MyONLINE PASPORT


Pengenalan
MyONLINE*PASPORT  adalah permohonan dan bayaran pasport secara atas talian melalui internet.

Melaluipembayaran boleh dilakukan secara online dengan menggunakan kemudahan debit terus (FPX) atau kad kredit.
(Pembayaran melalui FPX dihentikan untuk penyelenggaraan buat sementara waktu.)

TEMPOH PENGELUARAN PASPORT
Proses pengeluaran pasport bagi permohonan melalui MyONLINE*PASPORT mengambil masa dalam 2 jam atau berdasarkan tempat, tarikh dan masa pungutan yang dipilih ketika permohonan.

SPESIFIKASI FOTO PASPORT






  • Latar belakang foto adalah berwarna biru muda seperti yang telah ditetapkan;




  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada;




  • Foto segera (Polaroid) tidak diterima untuk pasport Malaysia;




  • Tiga suku profil tidak dibenarkan;




  • Pemohon memandang tepat ke arah kamera;




  • Mata perlu dalam keadaan terbuka;




  • Rambut tidak melindungi wajah;




  • Tidak menutupi dahi sepenuhnya (bagi yang memakai tudung, songkok, kupiah dan lain-lain);




  • Ukuran gambar - 5.0sm x 3.5sm;




  • Ukuran dari atas kepala ke bawah dagu - 3.0sm;




  • Ukuran muka dari kiri ke kanan - 2.0sm hingga 2.5sm.




  • CONTOH FOTO PASPORT 


    SPESIFIKASI FOTO YANG  TIDAK DITERIMA
    CONTOH FOTO YANG TIDAK DITERIMA


  • Latar belakang foto berwarna lain dari biru muda;



  • Pakaian berwarna terang dan tidak menutupi bahu dan dada;




  • Mata dalam keadaan tertutup;




  • Pemohon tidak memandang tepat ke arah kamera;




  • Rambut melindungi wajah;




  • Menutupi dahi sepenuhnya (Bagi yang memakai tudung, songkok, kupiah dan lain-lain);




  • Ukuran foto - Lebih atau kurang dari 5.0sm x 3.5sm;




  • Ukuran dari atas kepala ke bawah dagu - Lebih atau kurang dari 3.0sm;




  • Ukuran muka dari kiri ke kanan - lebih dari 2.5sm atau kurang dari 2.0sm.






  • PERHATIAN : MELANGGAR SPESIFIKASI FOTO YANG DITETAPKAN AKAN MENYEBABKAN PERMOHONAN ANDA DITOLAK DAN BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.


    TERMA & SYARAT
    1. Sekiranya maklumat yang diberi oleh pemohon ketika mengisi borang permohonan MyONLINE*PASPORT adalah salah atau kurang tepat dan
        tidak mengikut TERMA & SYARAT ini akan membolehkan 'PERMOHONAN DITOLAK’ dan ‘BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN’

    2. Pemohon wajib muat naik foto terkini yang diambil dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh permohonan.

    3. Untuk mengambil pasport, pemohon perlu hadir sendiri (tidak boleh diwakilkan) ke kaunter Pejabat Imigresen bahagian pengeluar pasport yang
        dipilih ketika permohonan MyONLINE*PASPORT. Sebarang penukaran tempat pungutan tidak dibenarkan.

    4. Permohonan di bawah 18 tahun :
        a. Penjaga yang memberi izin perlu hadir semasa pengambilan pasport.
        b. Sekiranya penjaga yang memberi izin bukan yang terdapat dalam permohonan MyONLINE*PASPORT tidak dibenarkan untuk
              melakukan permohonan, pemohon perlu hadir ke kaunter Pejabat Imigresen bahagian pengeluar pasport dan perlu membawa sijil lahir pemohon.
              

    5. Permohonan yang dibenarkan :
        a. Permohonan gantian dalam keadaan biasa sahaja yang dibenarkan
        b. Buku Pasport dalam keadaan baik (tidak berconteng, terkena air atau koyak) dan pasport bercip
        c. Permohonan hanya dibenarkan untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun keatas.

    6. Bayaran Pasport :
        a. RM100 untuk Tempoh Dokumen 2 Tahun
        b. RM300 untuk Tempoh Dokumen 5 Tahun
        c. Bayaran Separuh Harga
             i. RM150 untuk 5 tahun
                *** Kelayakan Bayaran Separuh Harga - Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan

    7. Pungutan Dokumen :
        a. Pemohon perlu hadir ke Pejabat Imigresen bersama resit bayaran dan dokumen sokongan mengikut kategori berikut:
             i. Pemohon 18 tahun ke atas - Kad Pengenalan dan Buku Pasport asal
             ii. Pemohon di bawah 18 tahun - Kad Pengenalan Penjaga, Sijil Lahir dan Buku Pasport asal


    Sila Klik Link Di Bawah Untuk Permohonan Terus My Online Pasport
    https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?action=welcome&lang=ms&type=26&module=passport

    No comments:

    Ratings and Recommendations by outbrain

    PROMOTION TERBAIK