ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 14 January 2012

Ops @ 32 Pendatang Asing Ditahan Di Negeri Sembilan

Ops @ 32 Pendatang Asing Ditahan Di Negeri Sembilan


SEREMBAN, 11 Jan (Bernama) - Seramai 32 pendatang asing tanpa izin termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja / Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sekitar Seremban Selasa malam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri, Abdul Kadir Hussin, berkata kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tidak membuat permohonan untuk mendapatkan permit kerja di bawah program 6P yang tempohnya berakhir semalam.

"Operasi ini dijalankan selepas tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah program 6P yang berakhir semalam dan kita mahu mengesan pendatang asing tanpa izin yang tidak membuat pendaftaran di bawah program itu.


"Kita telah menjalankan operasi di empat lokasi dari rumah ke rumah di Taman Desa Rasah, Kampung Batu 3 Mambau, Panchor dan Taman Cengal Utama Ampangan," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini Rabu.

Mereka yang ditahan terdiri 29 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh yang berusia antara 25 hingga 40 tahun manakala dua kanak-kanak perempuan warga Indonesia itu pula berusia di bawah lapan tahun.

Mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dekat sini untuk tindakan susulan.

Mengenai program 6P, Abdul Kadir berkata lebih 42,000 pendatang asing tanpa izin telah mendaftar di bawah program itu di Negeri Sembilan.

Operasi itu yang bermula tengah malam dan berakhir sekitar 4 pagi tadi melibatkan 20 anggota Jabatan Imigresen diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.

-- BERNAMA

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK