ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 14 January 2012

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang @ BVPP



  • Pas lawatan sosial jangka panjang boleh dikeluarkan kepada pelawat asing untuk tinggal sementara di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.
  • Lanjutan boleh diberikan berdasarkan kepada kelayakan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan.
  • Suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia boleh diberi kemudahan Pas Lawatan (Sosial) jangka panjang untuk tempoh lima (5) tahun sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat permohonan.
  • Mereka juga dibenarkan untuk bekerja (melakukan pekerjaan berbayar), berniaga dan pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan (Sosial) mereka kepada Pas Kerja yang berkaitan (Pas Penggajian/Pas Lawatan (Kerja Sementara)).
Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja Pasangan Warganegara
  1. Pemohon merupakan isteri atau suami kepada warganegara Malaysia yang mana perkahwinan mereka telah didaftarkan secara sah dan teratur di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  2. Pemohon adalah layak diberikan ataupun telah diberikan Pas Lawatan Sosial dibawah kemudahan suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia.
  3. Pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan atau perniagaan yang sah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan yang berkuatkuasa di Malaysia.
  4. Kebenaran melakukan pekerjaan atau perniagaan ini dicatatkan ataupun di endos dalam Pas Lawatan Sosial yang berkaitan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau mana-mana Pegawai Imigresen yang diberi kuasa untuk membuat catatan/endorsan tersebut.
  5. Pemegang Pas Lawatan Sosial tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bagi maksud pengeluaran Pas Lawatan Sosial tersebut serta bagi maksud membuat catatan/pengendorsan yang berkaitan.
Tatacara Memohon Endorsmen Kebenaran Bekerja
  1. Permohonan boleh dibuat di Bahagian Visa, Pas dan Permit, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya atau di Pejabat Imigresen Negeri berdekatan.
  2. Permohonan boleh dikemukakan semasa mendapatkan semasa mendapatkan kelulusan Pas Lawatan Sosial yang berkaitan atau pada bila-bila masa selepas Pas Lawatan Sosial yang berkaitan diberikan.
  3. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :-
  • Sijil Perkahwinan / Sijil nikah
  • Tawaran Kerja / Daftar Perniagaan (mana yang berkaitan)
Dokumen yang diperlukan mengikut kategori
A. Anak/ Anak tiri kepada Warganegara / Anakyang belum ditentukan taraf kewarganegaraan
  1. Borang Imm.12/ Imm 55
  2. Borang Imm.38
  3. Kad Pengenalan ibu/ bapa
  4. Sijil kelahiran pemohon
  5. Sijil perkahwinan ibu/ bapa
  6. Surat hak penjagaan anak dari mahkamah - jika anak berusia bawah 18 tahun
  7. Sijil kematian ibu/ bapa (jika perlu)
  8. Bukti pengesahan taraf / Perakuan taraf dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
B. Orang tua berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai keluarga di negara asal dan mempunyai keluarga di negara ini yang sanggup menyara
  1. Borang Imm.12 / Imm. 55
  2. Borang Imm.38
  3. Borang Personal Bond (dimatikan setem hasil RM10.00)
  4. Akuan Penaja oleh warganegara Malaysia / Penduduk Tetap Malaysia
  5. Salinan kad pengenalan penaja
C. Keluarga terdekat kepada pelajar asing yang menuntut di Malaysia :
  1. Borang Imm.12 / Imm.55
  2. Borang Imm.38 (jika perlu)
  3. Surat pengesahan pelajar dari IPTS/IPTA
  4. Salinan sijil kelahiran pelajar
  5. Surat dari kedutaan sebagai bukti pertalian
  6. Pasport
  7. Sijil nikah/ perkahwinan suami/ isteri
  8. Sijil kelahiran anak kepada pelajar
D. Suami/Isteri kepada Warganegara
  1. Borang Imm.12/ Imm.55
  2. Borang Imm.38
  3. Salinan sijil nikah
  4. Salinan sijil kelahiran anak (jika ada)
  5. Surat Akuan Sumpah Terkini - perkahwinan wujud dan masih sah
  6. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
  7. Kad pengenalan penaja/pasangan
  8. Bukti pendapatan penaja/ pasangan
  9. Salinan pasport penaja / pasangan
  10. Gambar perkahwinan
E. Isteri ‘teraniaya' kepada Warganegara
  1. Borang Imm.12 / Imm.55
  2. Borang Imm.38
  3. Sijil nikah
  4. Sijil kelahiran anak (jika ada)
  5. Surat Akuan Sumpah terkini - suami tidak dapat dikesan/ lari
  6. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
  7. Surat akuan penaja tempatan
  8. Kad pengenalan penaja
  9. Bukti pendapatan penaja - pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
  10. Salinan laporan polis/ hospital - bukti penganiayaan
F. Janda kepada warganegara
  1. Borang Imm.12 / Imm.55
  2. Borang Imm.38
  3. Sijil nikah
  4. Sijil perceraian
  5. Sijil kelahiran anak (jika ada)
  6. Surat Akuan Sumpah - tidak pernah berkahwin setelah bercerai
  7. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
  8. Surat Akuan Penaja Tempatan
  9. Kad pengenalan penaja
  10. Bukti pendapatan penaja - pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
G. Balu Kepada Warganegara
  1. Borang Imm.12 / Imm.55
  2. Borang Imm.38
  3. Sijil nikah
  4. Sijil kematian suami
  5. Sijil kelahiran anak (jika ada)
  6. Surat Akuan Sumpah - tidak pernah berkahwin setelah kematian suami
  7. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
  8. Surat Akuan Penaja Tempatan
  9. Kad pengenalan penaja
  10. Bukti pendapatan penaja - pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
H.Bagi rawatan di Institusi Perubatan di Malaysia termasuk seorang pengiring
  1. Terhad kepada rawatan di Hospital kerajaan / Hospital pakar sahaja.
  2. Pesakit hanya dibenarkan membawa hanya seorang sahaja pengiring.
  3. Borang Imm.12 / Imm.55
  4. Surat pengesahan dari Hospital Kerajaan / Hospital Pakar sahaja
I. Pasangan dan anak pegawai dagang
  1. Surat sokongan dari majikan
  2. Suratkuasa dari majikan
  3. 2 set borang Imm. 10
  4. 2 set borang Imm. 12
  5. Borang Imm.38 (jika perlu)
  6. Sijil nikah / perkahwinan
  7. Sijil lahir anak-anak
  8. Pasport ahli keluarga pegawai dagang
  9. Surat kelulusan pegawai dagang
  10. 2 keping gambar terkini pemohon
J. Kemudahan kepada pembantu rumah asing yang mengiringi majikan yang mendapatkan rawatan perubatan / melancong / mesyuarat / menghadiri kursus dan seminar di Malaysia
  1. Bukti bekerja sebagai pembantu rumah
  2. Borang Imm.12 / Imm. 55
  3. Borang Imm.38
K.Isteri kepada penduduk tetap
  1. Kad pengenalan suami
  2. Permit masuk suami
  3. Pasport isteri (kesemua mukasurat)
  4. Sijil nikah / perkahwinan
  5. 2 keping gambar terkini isteri bersaiz pasport
  6. Usia perkahwinan telah melebihi 6 bulan
  7. 2 set borang Imm. 47
  8. Borang Imm. 55
  9. Borang Imm. 38
  10. Borang 'Security Bond' (dimatikan setem hasil RM10.00)
Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara
  1. Suami atau Isteri mesti hadir bersama
  2. Dokumen yang perlu dikemukakan:
    • Borang Imm.12
    • Borang Imm.38 (2 salinan)
    • Borang Imm.55 (2 salinan)
    • Borang kenyataan penaja
    • Security bond - dimatikan setem RM10.00
    • Surat akuan sumpah berserta gambar dan dicop Pesuruhjaya Sumpah
    • Kad pengenalan dan sijil lahir suami / isteri
    • Sijildaftar perkahwinan
    • Bukti surat cerai/ sijil mati (jika berkaitan)
    • Gambar perkahwinanukuran poskad
    • Sijil lahir anak (surat pengesahan dari mahkamah jika anak tiri)
    • Lesen niaga/ ROC syarikat/ Borang J (Jika bekerja sendiri)
    • Surat pengesahan dari majikan dengan letter head (Jika bekerja)
    • Bukti pendapatan (slip gaji 3 bulan terakhir/ buku bank/ borang J)
    • Bukti alamat tempat tinggal (bil utiliti)
    • Pasport Malaysia suami / isteri(semua muka surat)
    • Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan
Nota:
Bagi Warganegara China dan Negara-Negara Afrika, permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia.
Permohonan Lanjutan Bagi Suami/Isteri Kepada Warganegara
Dokumen yang diperlukan
  1. Borang Imm.55
  2. Borang Imm.38
  3. Surat akuan sumpah oleh suami isteri perkahwinan masih wujud dan kekal
  4. Sijil kelahiran anak (jika ada)
  5. Kad pengenalan suami/ isteri
  6. Sijil kahwin (luar negara/ Malaysia)
  7. Pasport suami/ isteri (semua muka surat yang bercetak)
Nota :
  • Suami isteri mesti hadir bersama
  • Bagi Warganegara China dan Negara-Negara Afrika, permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Pegawai Dagang dan Anak yang telah mendapat kelulusan taraf Penduduk Tetap (sementara menunggu pengeluaran Permit Masuk)
Dokumen yang diperlukan
  1. Surat kuasa dari syarikat
  2. Borang Imm.12 (2 set)
  3. Borang Imm. 38 (jika perlu)
  4. Sijil kahwin
  5. Sijil kelahiran anak
  6. Pasport keluarga pegawai dagang yang memohon
  7. Surat kelulusan jawatan pegawai dagang
  8. Gambar terkini pemohon berukuran pasport (2 keping)
Nota :
  • Suami isteri mesti hadir bersama
  • Bagipermohonan kali pertama, dokumen asal hendaklah dibawa bersama salinan.

Perhatian

Semua dokumen asal perlu dibawa untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja akan diterima.

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK