ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 14 January 2012

Pas Lawatan Ikhtisas @ BVPP

Pas Lawatan Ikhtisas @ BVPP


Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas memberi kepakaran teknikal dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka masa singkat di Malaysia.

Tempoh sahlaku pas adalah bergantung kepada keperluan tetapi tidak melebihi 12 bulan.

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh penaja di Malaysia sebelum pemohon masuk ke negara ini.

Pakar/Sukarelawan

Kategori

  • Penasihat Kepada Agensi Kerajaan
  • Professor/ Pensyarah Jemputan / Pelawat
  • Pemeriksa Luaran
  • Fellow
  • Penyelidik/ Pembantu Penyelidik
  • Penceramah Seminar / Kursus / Latihan
  • Konsultan
  • Penasihat Teknikal
  • Pelatih Kuda
  • Joki
  • Sukarelawan
  • Pakar-pakar Pemasangan Alat dan Mesin
  • Pakar-pakar Penyelenggaraan Alat dan Mesin
  • Pakar-pakar Pembaikkan Alat dan Mesin
  • Pakar-pakar Pemasangan Produk Baru pada Mesin sediada
  • Pakar-pakar yang mempunyai kemahiran khusus yang difikirkan bersesuaian oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

Prosedur Permohonan

  1. Surat Kuasa Menyerah Permohonan Kepada Imigresen disertakan Salinan Kad Pengenalan Atau Pas Kerja
  2. Surat Permohonan Dari Penaja (Syarikat) Di Malaysia kepada Imigresen Dalam Bahasa Melayu
  3. Surat Tawaran Dari Penaja (Syarikat) Di Malaysia Kepada syarikat / Institusi Di Luar Negara Yang Berkaitan
  4. Borang Imm.12 Dua Salinan Bagi Permohonan Baru.
  5. Borang Imm.55 Satu Salinan Bagi Permohonan Lanjutan.
  6. Borang Imm.38 Satu Salinan Bagi Setiap Permohonan.
  7. Dua Keping Gambar Ukuran Pasport (Permohonan Baru).
  8. Personal Bond Dimatikan Setem Rm 10.00 Setiap Seorang
  9. Surat Penerimaan Dan Pengesahan Mengenai Jawatan,Gaji/Kontrak dari Syarikat / Institusi Dari Luar Negara Kepada Syarikat di Malaysia
  10. Salinan Pasport Pemohon
  11. Jadual Latihan Tugas Selama Dipohon.
  12. Salinan Sijil Kelayakan Akademi Yang Berkaitan
  13. Salinan dokumen mengenai Syarikat seperti Maa,Borang 9,24 Dan 49 yang dikeluarkan oleh Pendaftar Syarikat dan hendaklah disahkan tulen / benar
  14. Maklumat Tentang Syarikat (Company Profiles).
  15. Surat Invois Atau Bukti Jual Beli Mesin.
  16. Plan Lokasi,Surat Pengesahan Tempat / Kontrak

Jika berkaitan

  1. Surat Dari Unit Perancang Ekonomi (Penyelidik Bebas)
  2. Surat Sokongan Dari Majlis Sukan Negara (MSN) Bagi Jurulatih
  3. Surat Sokongan Dari Malayan Racing Association /Persatuan
  4. Joki-Joki Malaysia / Selangor / Perak / Pulau Pinang
  5. Surat Sokongan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Catatan: Permohonan mestilah dihantar dalam 2 salinan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Visa, Pas Dan Permit
Tingkat 3 (Podium)
Blok 2G4, Persiaran Perdana, Precint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62550 Putrajaya.
WILAYAH PERSEKUTUAN
up: Unit Pas Lawatan Ikhtisas
Tel : 03-88801409 / 88801406
Faks: 03-88801374

Bayaran

  • Pas Lawatan (Iktisas) - RM 90.00
  • Visa - Mengikut Negara


Nota:

Permohonan Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan. Bagi kategori yang berikut, permohonan boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen Negeri yang berhampiran:

• Pemasangan Mesin
• Penyelenggaraan Mesin
• Membaiki Mesin
• Pemasangan produk baru pada mesin yang sedia ada
• Memberi latihan
• Menjalani latihan di kilang atau hotel

Artis

Kategori

  1. Artis pentas ( nyanyian, muzik, tarian, konsert, teater, sarkas, akrobatik, seni silat, silap mata dan promosi dan artis opera (Budha, Opera Hindu dan Opera-opera Lain)
  2. Bukan artis - mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan erkaitan seni pentas dan seni layar.
  3. Berkarya - penggiat, pengajar atau penglibatan di dalam penggambaran filem.
  4. Penggambaran filem - wawancara, dokumentari, cereka, iburan dan iklan komersial atau bentuk penggambaran lain yang dibuat di dalam Negara oleh syarikat perfileman dari luar Negara
  5. Persembahan - persembahan di hotel, pusat hiburan, premis perdagangan, pusat kebudayaan, stadium dan tempat-tempat yang difikirkan sesuai
  6. Aktiviti artis yang melibatkan persembahan di tempat terbuka atau tertutup, promosi album lagu dan filem artis serta promosi barangan atau produk kecuali produk minuman keras dan produk tembakau

(Maklumat Lanjut boleh diperolehi di Laman Web Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) - http://www.heritage.gov.my)

Prosedur Permohonan untuk Persembahan/ Penggambaran Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)

  • Surat Kuasa Menyerah Permohonan Kepada Imigresen
  • Surat Permohonan Dari Penaja Di Malaysia Kepada Imigresen dalam Bahasa Melayu
  • Surat Pengesahan Dari Tempat Persembahan
  • Salinan Surat / Kontrak Antara Artis Tempatan Dengan Penaja
  • Salinan Surat / Kontrak Antara Artis Luar Dengan Penaja
  • Borang Imm.12 Dua Salinan Bagi Permohonan Baru.
  • Borang Imm.55 Satu Salinan Bagi Permohonan Lanjutan.
  • Borang Imm.38 Satu Salinan Bagi Setiap Permohonan.
  • Dua Keping Gambar Ukuran Pasport (Permohonan Baru).
  • Security Bond dimatikan setem RM 10.00 setiap seorang bagi kategori persembahan
  • Personal Bond dimatikan setem RM 10.00 setiap seorang bagi kategori penggambaran filem
  • Jaminan Bank
  • Surat Pengesahan Dari Agensi Yang Menerima Sumbangan Bagi Persembahan Amal
  • Salinan Pasport Pemohon
  • Surat Kelulusan Dari Kementerian Kebudayaan ,Kesenian Dan Warisan Malaysia
  • Surat Penyelesaian Cukai Dari Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Salinan Roc Syarikat Penaja

Prosedur Permohonan untuk Persembahan/ Penggambaran Filem (FINAS)

  • Surat Permohonan Dari Penaja Kepada Imigresen Dalam Bahasa Melayu.
  • Surat Kelulusan Dari Finas
  • Jadual Penggambaran Sepanjang Permohonan
  • Borang Imm.12 - Dua Salinan Bagi Permohonan Baru.
  • Borang Imm.38 - Dua Salinan Bagi Setiap Permohonan.
  • Borang Imm.55 - Satu Salinan Bagi Permohonan Lanjutan.
  • Dua Keping Gambar Berukuran Pasport. (Permohonan Baru)
  • Personal Bond Dimatikan Setem Rm 10.00 Setiap Seorang
  • Salinan Lengkap Pasport Pemohon
  • Salinan Roc Penaja / Syarikat Di Malaysia

Catatan: Permohonan mestilah dihantar dalam 3 salinan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengerusi,

Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara

(PUSPAL)

Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Tingkat 30, Menara TH Perdana, Maju Junction

1001 Jalan Sultan Ismail

50694 Kuala Lumpur

Tel: 03-2612 7600

Bayaran

Artis RM500.00
Pemuzik RM500.00
Konsert RM500.00
Konsert Amal RM500.00
Orkestra RM500.00
Pertukaran Kebudayaan Gratis
Promosi Album RM500.00
Proram Kerjasama RM90.00
Program Kosmetik RM90.00
Promosi Makanan RM90.00
Perfileman RM90.00
Opera RM90.00
Silapmata RM90.00
Sarkis RM90.00
Akrobatik RM90.00

Mubaligh (Islam)

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas sebagai Imam, Pendakwah, Guru Bahasa Arab dan Guru Al-Quran

Kategori

  1. Pengajian Islam
  2. Berkhidmat sebagai Imam
  3. Berkhidmat sebagai Guru
  4. Berkhidmat sebagai Guru Al-Quran
  5. Berkhidmat sebagai Guru Bahasa Arab

Syarat-syarat

  1. Pemohon perlu berada di luar Malaysia ketika memohon (kecuali semasa lanjutan Pas Lawatan (Ikhtisas)
  2. Permohonan perlu dikemukakan oleh Majikan/Penaja/Sekolah
  3. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pengajaran/ pengajian bermula.

Permohonan yang memerlukan kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah:

  • Permohonan Pengajian Islam yang berumur 18 tahun keatas dan beragama Islam
  • Pengajian Islam untuk semua peringkat umur untuk mualaf
  • Pengajaran Islam
  • Imam
  • Guru Al-Quran
  • Guru Bahasa Arab

Prosedur Permohonan Untuk Guru Agama

  • Surat permohonan daripada penaja kepada Imigresen Dalam bahasa Melayu.
  • Surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam negeri sahaja kepada Imigresen dan Jakim.
  • Borang Imm.12 bagi permohonan baru
  • Borang Imm.38 bagi permohonan Re-Entry Visa
  • Borang Imm.55 bagi permohonan lanjutan.
  • Dua keping gambar berukuran pasport.
  • Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00
  • Jadual sepanjang minggu yang dikeluarkan oleh pihak madrasah atau sekolah
  • Sijil-sijil kelayakan yang diakui sah (Asal-terjemahan dalam Bahasa Melayu)
  • Salinan lengkap Pasport.
  • Maklumat tambahan guru Agama

Prosedur Permohonan Untuk Belajar Agama

  • Surat permohonan daripada penaja kepada Imigresen dalam Bahasa Melayu.
  • Surat sokongan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sahaja kepada Imigresen dan Jakim.
  • Borang Imm.12 bagi permohonan baru.
  • Borang Imm.38 bagi permohonan Re-Entry Visa.
  • Borang Imm.55 bagi permohonan lanjutan.
  • Dua keping gambar berukuran pasport.
  • Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00.
  • Jadual sepanjang minggu yang dikeluarkan oleh Pihak Madrasah / Sekolah.
  • Sijil-Sijil kelayakan yang diakui sah. (Asal-Terjemahan dalam Bahasa Melayu)
  • Salinan Lengkap Pasport.
  • Salinan Kad Memeluk Agama Islam

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah

Bahagian Visa, Pas Dan Permit

Tingkat 3 (Podium),

Blok 2g4, Persiaran Perdana, Precint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62550 Putrajaya.

WILAYAH PERSEKUTUAN

up: Unit Pas Lawatan (Ikhtisas )

Tel : 03-88801409 / 88801406

Bayaran

  • Pas Lawatan (Iktisas) - RM 90.00
  • Visa - Kadar bayaran mengikut negara masing-masing

Pengamal/Pekerja Lain-lain Agama

Pas Lawatan (Ikhtisas) dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin bertugas sebagai Sami Hindu (Gurukkal), Sami Sikh (Granthi), Paderi, Guru Dharma dan Pengukir.

Tempoh maksimum dibenarkan berkhidmat di Negara ini adalah selama tiga (3) tahun sahaja.

Kategori

  1. Sami Hindu (Gurukkal)
  2. Paderi
  3. Sami Buddha, Guru Dharma
  4. Sami Sikh (Granthi)
  5. Pemuzik dan pengukir Keagamaan

Syarat-syarat

  1. Pemohon perlu berada di luar Malaysia ketika memohon (kecuali semasa lanjutan Pas Lawatan (Ikhtisas))
  2. Umur:
    i. 40 tahun ke atas bagi Sami Hindu (Gurukkal), Sami Sikh (Granthi), Guru Dharma dan Paderi
    ii.
    35 tahun ke atas bagi pemuzik keagamaan
    iii.
    30 tahun ke atas bagi pengukir keagamaan
  3. Permohonan perlu dikemukakan oleh Majikan/Penaja/Kuil/Gudwara/Tokong
  4. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum pemohon mula bertugas
  5. Kelulusan permohonan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Khas Pas Lawatan (Ikhtisas) Jabatan Imigresen Malaysia (JK-PLIK).

Prosedur Permohonan

  • Surat Kuasa Untuk Membuat Permohonan Bagi Pihak Kuil
  • Salinan Kad Pengenalan Pembawa Permohonan.
  • Surat Permohonan Dari Penaja (Temple) kepada Imigresen.
  • Surat Sokongan (Malaysia Hindu Sangam, Malaysia Buddhist
  • Society, Malaysia Youth Buddhist Society, Majlis Gurdwara
  • Malaysia Dan Kementerian Sumber Manusia) Kepada Imigresen.
  • 2 salinan borang Imm.12 bagi permohonan baru.
  • 1 salinan Borang Imm.55 bagi permohonan lanjutan.
  • 1 salinan Borang Imm.38 setiap Permohonan.
  • 2  keping gambar berukuran pasport (bagi permohonan baru).
  • Personal Bond yang dimatikan setem RM 10.00.
  • Senarai nama ahli Jawatankuasa (Nama, Jawatan, Pekerjaan, Salinan Kad Pengenalan Alamat Dan Tandatangan).
  • Keratan Iklan Jawatan Di Akhbar Tempatan. (Asal-Terjemahan Dalam Bahasa Melayu)
  • Salinan Pelan Tanah.
  • Salinan Geran Tanah (Tanah Dengan Kebenaran Untuk Mendirikan Kuil Tetap Sahaja).
  • Salinan Pelan Lokasi Bangunan/Kuil.
  • Salinan Surat Kelulusan Membina, Mengubah Suai Dari Pihak Berkuasa Tempatan Dan Disahkan.
  • Gambar Bangunan Sedia Ada Yang Terkini.
  • Senarai Nama Pekerja Tempatan Dan Asing Yang Sedang
  • Berkhidmat Di Kuil (Gurukkal/Pemuzik/Pengukir/Pembantu Gurukkal/Gurukkal Tempatan).
  • Salinan Sijil Daftar Pertubuhan Kuil /Tokong Yang Disahkan .
  • Salinan Lengkap Pasport.
  • Cadangan Progres Kerja Bagi Pengukir (Jika Memohon).
  • Surat Sokongan Dari Arkitek Bertauliah Berkenaan Dengan
  • Kerja-Kerja Pengukiran.
  • Salinan Laporan Kewangan Tahunan Hasil Dari Mesyuarat Jawatankuasa Kuil (Terjemahan Jika Perlu).
  • Maklumat Tambahan Pengamal/ Pekerja Lain-Lain Agama (muat turun)

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah

Bahagian Visa, Pas Dan Permit

Tingkat 3 (Podium),

Blok 2G4, Persiaran Perdana, Precint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62550 Putrajaya.

WILAYAH PERSEKUTUAN

UP: Unit Pas Lawatan (Ikhtisas)

Tel : 03-88801409 / 88801406

Faks: 03-88801374

Bayaran

  • Pas Lawatan (Iktisas) - RM 90.00
  • Visa - Kadar bayaran mengikut negara

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK