ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 14 January 2012

Permit Masuk @ BVPP

Prosidur Kelulusan Permit Masuk


Permit Masuk merupakan suatu Permit dalam bentuk dokumen yang membenarkan seseorang warga asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan berada di Malaysia. Permohonan Permit Masuk adalah terbuka kepada mana-mana orang yang bukan bertaraf warganegara Malaysia (warganegara asing) yang ingin berada dan menetap di Negara ini.

Kategori Permohonan Permit Masuk

Permohonan Permit Masuk dibahagikan kepada empat (4) kategori seperti berikut:


(1)              Kategori Pelabur (High Net Worth Individual)

(2)              Kategori Suami/Isteri/Anak umur bawah 6 tahun kepada warganegara

(3)              Kategori Golongan Pakar dan Profesional

(4)              Kategori Sistem Mata

Kategori Pelabur (High Net Worth Individual)

Pemohon bagi kategori ini perlu mempunyai pelaburan melebihi dua (2) juta USD dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit) dalam bank-bank tempatan dan tidak boleh dikeluarkan untuk tempoh 5 tahun.

Suami atau isteri dan anak-anak berumur bawah 18 tahun kepada pelabur layak dipertimbangkan Permit Masuk selepas lima (5) tahun menetap di Malaysia.

Kategori Suami/Isteri/Anak umur bawah 6 tahun kepada warganegara

Suami dan isteri warganegara asing kepada warganegara Malaysia yang telah berkahwin secara sah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia boleh diberi kemudahan Pas Lawatan (Sosial) tertakluk kepada peraturan sedia ada.

Setelah tinggal di Malaysia selama lima (5) tahun secara terus menerus, mereka layak mengemukakan permohonan dan dipertimbangkan pengeluaran Permit Masuk. Tempoh lima (5) tahun yang ditetapkan bermula dari tarikh pemohon diberi kemudahan Pas Lawatan (Sosial).

Anak-anak kepada warganegara yang berumur di bawah enam (6) tahun adalah layak untuk memohon Permit Masuk di bawah kategori ini.

Kategori Golongan Pakar dan Profesional

Kategori ini dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu:

(a)  Kategori ‘A1’

  • Pemohon memiliki kepakaran dalam bidang kritikal dan mencapai taraf ‘World Class’ dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa.

  • Telah bekerja dalam mana-mana agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi 3 tahun dan jawatan yang disandang hendaklah disahkan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.

(b)  Kategori ‘A2”

  • Pemohon memiliki kemahiran dalam bidang kritikal yang telah diperakukan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.
  • Telah bekerja dalam mana-mana agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi 3 tahun dan jawatan yang disandang hendaklah disahkan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.

Kategori Sistem Mata

Pertimbangan bagi permohonan kategori ini adalah berdasarkan umur, kelayakan akademik/profesional, kemahiran Bahasa Malaysia, tempoh keberadaan di negara ini, ikatan kekeluargaan dengan warganegara Malaysia, nilai pelaburan dan pekerjaan. Warganegara asing yang mengumpul jumlah minimum 65 mata daripada jumlah keseluruhan 120 mata sahaja akan dipertimbangkan permohonan Permit Masuk.

Syarat-Syarat Kepada Pemegang Permit Masuk

Setiap orang yang diberi Permit Masuk ianya adalah seorang bertaraf Penduduk Tetap negara ini dan mestilah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Sekiranya gagal mematuhinya, Permit Masuk boleh ditarik balik oleh Kerajaan.Pemegang Permit Masuk hendaklah:

  • Berlaku baik sepanjang masa.
  • Hendaklah patuh kepada undang-undang negara ini.
  • Dilarang menganggotai, menyertai dan melibatkan diri dengan apa cara sekalipun dalam pertubuhan politik.
  • Tidak boleh samada secara bersendirian atau sebaliknya menyertai atau melibatkan diri dengan apa cara sekalipun dalam pertubuhan yang mengkritik atau menentang Kerajaan atau menjatuhkannya secara kekerasan.
  • Tidak boleh secara bersendirian atau sebaliknya menyertai pertubuhan yang bergiat dalam aktiviti yang menimbulkan kesan negatif kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam dan kemoralan.

 Kemudahan Kepada Pemegang Permit Masuk

  • Isteri asing kepada warganegara layak memohon taraf warganegara Malaysia di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Malaysia selepas menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 2 tahun terus menerus.

  • Anak-anak warganegara asing kepada warganegara Malaysia boleh memohon warganegara Malaysia di bawah Perkara 15 (2) atau 15(3) Perlembagaan Malaysia.

  • Bagi mereka selain dari isteri dan anak-anak kepada warganegara Malaysia layak memohon warganegara Malaysia di bawah Perkara 19 Perlembagaan Malaysia selepas bermastautin sekurang-kurangnya 10 hingga 12 tahun di negara ini.
  • Pemegang Permit Masuk boleh memohon dan mendapatkan MyPR dari JPN dan dibenarkan bermastautin di Malaysia tanpa had, bekerja tanpa Visa dan Pas, memiliki hartanah dan sebagainya kecuali mengundi dalam Pilihan Raya.

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK