ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Wednesday 25 January 2012

Tekanan & Sakit Kepala Boleh Mengundang Bahana?

Tahukah Anda,
Tekanan & Sakit Kepala Boleh Mengundang Bahana?

Tekanan & Sakit Kepala Boleh Mengundang Bahana?

Pengenalan

Tekanan Mental Adalah Hasil Hubungan Antara Peristiwa-Peristiwa Persekitaran Dengan Individu. Paras Tekanan Yang Dihasilkan Akan Bergantung Kepada Sumber Tekanan Dan Cara Individu Tersebut Bertindak Balas. Tekanan Mental Adalah Sebahagian Daripada Kehidupan Harian. Ia Merujuk Kepada Kaedah Yang Menyebabkan Ketenangan Individu Terasa Di Ancam Oleh Peristiwa Persekitaran Dan Menyebabkan Individu Tersebut Bertindak Balas. Anda Boleh Mengalami Tekanan Ketika Di Tempat Kerja, Menyesuaikan Diri Dengan Persekitaran Baru, Atau Melalui Hubungan Sosial. Tekanan Mental Yang Sederhana Boleh Menjadi Pendorong Kepada Satu-Satu Tindakan Dan Pencapaian Tetapi Kalau Tekanan Mental Anda Itu Terlalu Tinggi, Ia Boleh Menimbulkan Masalah Sosial Dan Seterusnya Menggangu Kesihatan Anda.


Simptom

Ada Beberapa Gejala Yang Menandakan Mental Seseorang Itu Tertekan. Antara Gejala Tekanan Mental Adalah :
* Perasan
* Merasa Bimbang
* Merasa Cepat Marah
* Merasa Lemah Semangat
* Merasa Tidak Tenteram Dan
* Gelisah Fikiran
* Bimbang Terhadap Masa Depan
* Kurang Daya Tumpuan
* Menjadi Mudah Lupa  
* Fikiran Tertumpu Pada Masalah Tempat Kerja
* Takut Gagal
* Rendah Harga Diri Tingkah Laku
* Tabiat Merokok Yang Meningkat
* Penggunaan Alkohol Dan Dadah Sebagai Cara Untuk Mengurangkan Masalah  
* Hilang Selera Makan Atau Makan Berlebihan
* Mudah Cuai Dan Sering Terbabit Dalam Kemalangan
* Mudah Terkejut  
* Bertindak Secara Agresif Perubahan Fizikal
* Berpeluh Pada Tangan Dan Badan
* Sering Rasa Dada Berdebar
* Menggeletar, Kering Mulut Dan Kerongkong
* Mudah Merasa Letih  
* Kerap Kecing
* Sukar Untuk Tidur
* Masalah Penghadaman Seperti, Loya, Muntah, Cirit-Birit Dan Sembelit
* Sakit Kepala Dan Leher Sakit-Sakit Sendi Dan Badan Mudah Diserang Penyakit.

Tekanan & Sakit Kepala Boleh Mengundang Bahana?
Kesan

Perubahan-Perubahan Besar Dalam Kehidupan Seseorang Adalah Punca Tekanan Mental Yang Paling Lazim. Peristiwa-Peristiwa Yang Boleh Mendatangkan Tekanan Mental Bukan Sahaja Peristiwa Yang Negatif Seperti Kematian, Dibuang Kerja Tetapi Peristiwa Positif Seperti Berkahwin, Mendapat Cahayamata Ataupun Kenaikan Pangkat.

Pencegahan

Kebanyakan Punca Tekanan Mental Boleh Diubah, Dihapuskan Atau Dikurangkan. Bagaimanapun Anda Harus Terlebih Dahulu Menyedari Dan Memahami Reaksi Anda Terhadap Tekanan. Cara-Cara Yang Boleh Digunakan Untuk Mengurangi Tekanan Mental Anda :

* Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan/ Tanggungjawab Anda  
* Akui Kekuatan Dan Kelemahan Diri.
* Sentiasa Berfikiran Positif.
* Cuba Melakukan Yang Terbaik Di Dalam Pekerjaan.
* Memupuk Sikap Seronok Bekerja/ Belajar.
* Merancang Kerja Anda
* Kendali Masa Anda Dengan Bijak.
* Beri Keutamaan Pada Kerja Yang Penting. Jangan Bertangguh.
* Elakkan Daripada Membawa Kerja Pulang Ke Rumah. Jika Anda Seorang Pelajar, Kerja Rumah Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dielakkan. Namun Begitu, Cuba Habiskan Kerja Rumah Anda Pada Masa Lapang Di Sekolah.
* Mengagihkan Kerja Dengan Baik.
* Lihat Masalah Dengan Rasional Dan Rancang Penyelesaian Secara Sistematik.
* Senaraikan Semua Masalah Mengikut Keutamaan Dan Langkah-Langkah Mengatasinya.
* Nilaikan Kesesuaian Pada Setiap Langkah Penyelesaian.  
* Ambil Tindakan Secara Wajar
* Menerima Sebarang Perubahan Dengan Sikap Yang Wajar
* Sentiasa Bersikap Terbuka Terhadap Apa Jua Perubahan Yang Berlaku.
* Bersikap Realistik Terhadap Segala Perubahan Dan Mampu Menerima Keadaan Yang Di Luar Kawalan Anda.
* Bersikap Positif Dalam Persekitaran Yang Mencabar. 5) Amalkan Komunikasi Yang Berkesan
* Biarlah Bersikap Lembut Tetapi Tegas Daripada Bersikap Agresif.  
* Luahkan Pendapat Anda Dengan Penuh Sopan, Tegas Dan Jelas.
* Hormatilah Pandangan Rakan Anda. 6) Semaikan Semangat Bermasyarakat
* Jalankan Persahabatan Dengan Rakan-Rakan Anda.
* Senaraikan Individu Dan Organisasi Yang Mampu Membantu Anda Menangani Sebarang Masalah.
* Berkongsi Masalah Anda Dengan Mereka Yang Sedia Mendengar Dan Boleh Mempercayai.
* Luangkan Masa Anda Untuk Membantu Rakan Yang Bermasalah.
* Amalkan Cara Hidup Sihat
* Luangkan Masa Untuk Berehat Dan Bertenang.
* Amalkan Bersenam, Pemakanan Yang Sihat, Tidur Yang Mencukupi.
* Jangan Merokok, Jauhi Diri Dari Arak Dan Dadah.
* Amalkan Nilai-Nilai Murni Dan Berpegang Teguh Pada Ajaran Agama. Secara Kesimpulannya Dapatlah Dikatakan Bahawa Kesihatan Mental Adalah Terhindarnya Seseorang Dari Gejala-Gejala Gangguan Dan Penyakit Jiwa, Dapat Menyesuaikan Diri, Dapat Memanfaatkan Semua Potensi Dan Bakat Yang Ada Semaksimum Mungkin Dan Membawa Kepada Kebahagiaan Bersama Serta Tercapainya Keharmonisan Jiwa Dalam Hidup.
* Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Saya Pun Tak Pasti Apa Lagi Yang Akan Datang Selepas Ini, Macam Terasa Zaman Kejatuhan Pula. Apa Pun Ini Adalah Risiko Kehidupan. Sampai Bila? Ia Sentiasa Mengganggu Dan Akan Berhenti Bila Datangnya Penyelesaian. Ok Penyelesaian, Sila Datang Segera..Saya Dah Tak Tahan…..

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK