| 1. Sekiranya maklumat yang diberi oleh pemohon ketika mengisi borang permohonan MyONLINE*PASPORT adalah salah atau kurang tepat dan |
| tidak mengikut TERMA & SYARAT ini akan membolehkan 'PERMOHONAN DITOLAK’ dan ‘BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN’ |
|
| 2. Pemohon wajib muat naik foto terkini yang diambil dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh permohonan. |
|
| 3. Untuk mengambil pasport, pemohon perlu hadir sendiri (tidak boleh diwakilkan) ke kaunter Pejabat Imigresen bahagian pengeluar pasport yang |
| dipilih ketika permohonan MyONLINE*PASPORT. Sebarang penukaran tempat pungutan tidak dibenarkan. |
|
| 4. Permohonan di bawah 18 tahun : |
| a. Penjaga yang memberi izin perlu hadir semasa pengambilan pasport. |
| b. Sekiranya penjaga yang memberi izin bukan yang terdapat dalam permohonan MyONLINE*PASPORT tidak dibenarkan untuk |
| melakukan permohonan, pemohon perlu hadir ke kaunter Pejabat Imigresen bahagian pengeluar pasport dan perlu membawa sijil lahir pemohon. |
| |
|
| 5. Permohonan yang dibenarkan : |
| a. Permohonan gantian dalam keadaan biasa sahaja yang dibenarkan |
| b. Buku Pasport dalam keadaan baik (tidak berconteng, terkena air atau koyak) dan pasport bercip |
| c. Permohonan hanya dibenarkan untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun keatas. |
|
| 6. Bayaran Pasport : |
| a. RM100 untuk Tempoh Dokumen 2 Tahun |
| b. RM300 untuk Tempoh Dokumen 5 Tahun |
| c. Bayaran Separuh Harga |
| i. RM150 untuk 5 tahun |
| *** Kelayakan Bayaran Separuh Harga - Kanak-kanak yang belum mencapai usia 12 tahun semasa mengemukakan permohonan |
|
| 7. Pungutan Dokumen : |
| a. Pemohon perlu hadir ke Pejabat Imigresen bersama resit bayaran dan dokumen sokongan mengikut kategori berikut: |
| i. Pemohon 18 tahun ke atas - Kad Pengenalan dan Buku Pasport asal |
| ii. Pemohon di bawah 18 tahun - Kad Pengenalan Penjaga, Sijil Lahir dan Buku Pasport asal |
Sila Klik Link Di Bawah Untuk Permohonan Terus My Online Pasport
|
| https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?action=welcome&lang=ms&type=26&module=passport |
|
No comments:
Post a Comment