ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 21 January 2012

5 Sebab Kenapa Lelaki Harus Kahwin








1. Pernikahan akan membuatkan anda panjang umur.
Menurut kajian yang dilakukan oleh University of California berpendapat bahawa lelaki bujang adalah lima kali ganda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit berbanding lelaki yang sudah berkahwin.

2. Perkahwinan membuatkan kita lebih murah rezeki
Firman Allah Taala bermaksud :
“Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu

yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”(surah an-Nur :32)

3. Perkahwinan membuatkan anda menjadi lebih baik.
Kita dapat mempelajari erti sebenar pengorbanan dan kasih sayang yang sejati selain daripada melatih diri untuk menjadi lebih penyabar dalam melayani karenah seorang isteri yang bergelar
wanita. Kesimpulannya, perkahwinan akan membuat anda menjadi lebih baik.

4. Lelaki akan jadi lebih menarik selepas berkahwin
Cuba kita lihat zaman sekarang, ramai wanita bujang tertarik dengan lelaki yang sudah berkahwin dengan timbulnya isu rampas suami orang dan sebagainya. Ini membuktikan lelaki
yang sudah berkahwin lebih menarik berbanding lelaki bujang.

5. Lelaki berkahwin lebih bahagia dari lelaki bujang
Perkahwinan akan membuatkan seorang lelaki mendapatkan kestabilan dan sokongan yang membolehkan dirinya untuk berjaya dalam semua aspek kehidupan. Ini akan membuatkan
seorang lelaki itu mendapatkan kebahagian dan kegembiraan serta lebih menghargai kehidupanyang ada.

P/S: SEBENARNYA BANYAK LAGI FAEDAH BERKAHWIN NI. JOM RAMAI - RAMAI KITA KAHWIN. Hihihihi

No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK