ABOUT ME : I Wish That Little Star Could Be Mine, And I Wish Really Wish It Could Shine So Bright...Stay Shining Dear Star, Please Bright My Day, Show Me The Way..Hey Little Star Please Smile, Shine Your Light On Me, On Me On Me And Only Me...Even I Am So Far Far Away...But I Can Still Feel You, Praying And Hope For You But In The Worst Silent Way...

Saturday 14 January 2012

Maklumat Berkaitan Visa @ BVPP


1. Jenis-jenis Visa
2. Cara Mohon Visa
3. Keperluan Visa Mengikut Negara
4. Kadar Bayaran Visa Mengikut Negara
5. Kadar Bayaran Security Bond Mengikut Negara
6. Visa Dengan Rujukan (VDR) 


1.Jenis-jenis Visa

Tiga (3) jenis Visa dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia kepada warganegara asing.

1) Visa Sekali Masuk
Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan sosial atau perniagaan. Biasanya berlaku untuk sekali masuk bagi tempoh tidak melebihi tiga(3) bulan dari tarikh dikeluarkan.
2) Visa Beberapa Kali Masuk
Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan perniagaan atau urusan-urusan Kerajaan. Biasanya berlaku untuk tiga(3) hingga dua belas (12) bulan dari tarikh dikeluarkan.
Warganegara India dan China yang ingin memasuki Malaysia bagi tujuan Lawatan Sosial layak untuk memohon Visa Beberapa Kali Masuk.
Tempoh sahlaku Visa Beberapa Kali Masuk adalah satu (1) tahun. Setiap kemasukan adalah untuk 30 hari sahaja dan lanjutan tempoh tinggal tidak dibenarkan.
Syarat-syarat bagi Visa Beberapa Kali Masuk adalah:
  1. Pemohon perlu menunjukkan bukti kewangan yang mencukupi semasa tinggal di Malaysia
  2. Mempunyai tiket balik yang telah disahkan.
  3. Lawatan secara berkumpulan tidak layak memohon Visa Beberapa Kali Masuk.
  4. Bayaran bagi Visa Beberapa Kali Masuk ialah RM50.00 bagi Warganegara India dan RM30.00 bagi Warganegara    China.
3) Visa Transit
Dikeluarkan kepada warganegara asing yang memerlukan visa untuk singgah sementara di Malaysia sebelum meneruskan penerbangan ke negara lain. Warganegara asing yang singgah sementara tanpa meninggalkan kawasan lapangan terbang untuk ke destinasi berikutnya dengan pesawat yang sama tidak memerlukan Visa Transit.

2.Cara Mohon Visa

Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan.
pelancong daripada negara-negara komanwel berada di negara bukan Komanwel boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kemukakan permohonan di Suruhanjaya Tinggi British/United Kingdom.
Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja).

1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia) adalah: 1. Pasport asal
2. Dua (2) salinan fotostat pasport
3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
5. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
6. Penyata bank / traveller's cheques
7. Surat jemputan (jika ada)
8. Bayaran visa

Nota : Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial
2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah: 1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
2. Pasport asal
3. Dua (2) salinan fotostat pasport
4. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
5. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
6. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
7. Bayaran visa


Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi pas pelajar, pas bekerja, pas tanggungan dan pas lawatan profesional.

3.Keperluan Visa Mengikut Negara

1. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa
Afghanistan (Visa Dengan Rujukan)
Angola
Bhutan
Burkina Faso
Burundi
Central African Republic
China
Colombia
Comoros
Congo Democratic Republic
Congo Republic
Djibouti
Equat. Guinea
Eritrea
Ethiopia
Guinea-Bissau
Hong Kong (C/I or D/I)
India
Liberia
Mali
Myanmar (pasport biasa)
Nepal
Niger
Rwanda
Serbia & Montenegro
Taiwan (15) hari dibenarkan Tanpa visa
United Nations (Laissez Passer)
Western Sahara

2. Negara-Negara Komanwel Yang Memerlukan Visa


Bangladesh
Cameroon
Ghana
Mozambique
Nigeria
Pakistan
Sri Lanka


3. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa Untuk Tempoh Tinggal Melebihi 3 Bulan


Algeria
Argentina
Australia
Austria (Vienna)
Bahrain
Belgium
Bosnia-Herzegovina
Brazil
Croatia
Cuba
Czech Republic
Denmark
Egypt
Finland
France
Germany
Hungary
Iceland
Iran
Ireland
Italy
Japan
Jordan
Kirgystan
Kuwait
Kyrgyz Republic



Lebanon
Lienchestien
Luxembourg
Morocco
Netherland
Norway
Oman
Peru
Poland
Qatar
Romania
St Marino
Saudi Arabia
Slovakia
South Korea
Spain
Sweden
Switzerland
Syria
Tunisia
Turkey
Turkmenistan
United Arab Emirates
United Kingdom
Uruguay
Yemen

4. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa Untuk Tempoh Tinggal Melebihi 1 Bulan
Armenia
Azerbaijan
Barbados
Belarus
Benin
Bolivia
Bulgaria
Cambodia
Cape Verde
Chad
Chile
Costa Rica
Equador
El Savador
Estonia
Gabon
Georgia
Greece
Guatemala
Guinea Republic
Haiti
Honduras
Hong Kong SAR
Iraq
Kazakhstan
Latvia
Lithuania
Macao SAR
Macedonia
Madagascar
Maldova
Mauritania
Mexico
Monaco
Mongalia
Nicaragua
North Korea
North Yemen
Palestine
Panama
Paraguay
Portugal
Russia
Sao Tome & Principe
Senegal
Slovenia
Somalia
Sudan
Surinam
Tajikistan
Togo
Ukraine
Upper Volta
Uzbekistan
Vatican City
Vanezuela
Zaire
Zimbabwe

5. Negara-Negara Yang Memerlukan Visa Untuk Tempoh Tinggal Melebihi 14 Hari

Libya
Macao (Travel Permit/Portugal CI)
Sierra Leone
South Yemen
Cote d'ivoire / ivory coast

Visa tidak diperlukan untuk warganegara Amerika Syarikat yang mengunjungi Malaysia bagi tujuan lawatan sosial, perdagangan atau tujuan akademik (kecuali bekerja).

Visa tidak diperlukan untuk tempoh tinggal kurang dari sebulan bagi warganegara negara-negara ASEAN kecuali Myanmar. Untuk tempoh tinggal melebihi sebulan visa diperlukan kecuali bagi warganegara Brunei dan Singapura.

Warganegara Israel memerlukan visa dan kelulusan masuk daripada Kementerian Dalam Negeri.

Warganegara Republik Serbia dan Republik Montenegro memerlukan visa masuk tanpa perlu merujuk KDN.

Warganegara dari negara-negara selain dari yang dinyatakan di atas (kecuali Israel) dibenarkan memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh tidak melebihi satu bulan sahaja.

4.Kadar Bayaran Visa Mengikut Negara


Negara
Single/Multiple Entry Visa
Transit Visa
Argentina
20.15
4.10
Bangladesh
20.00
20.00
Bhutan
20.00
20.00
Bolivia
11.00
11.00
Burma
19.50
6.60
Brazil
17.00
0.60
Bulgaria
21.90
11.00
Chile
24.50
24.45
P.R.China
30.00
30.00
Costa Rica
9.00
20.00
Czech & Slovak
19.50
8.20
Denmark
6.00
-
Dominican Republik
12.90
-
Ecuador
7.00
0.50
Finland
7.00
-
France
12.90
-
Haiti
16.00
6.00
Hungary
21.45
10.30
India
50.00
12.00
Indonesia
15.00
3.40
Israel
9.70
1.10
Itali
9.50
-
Japan
GRATIS
-
South Korea
30.00
15.00
Liberia
13.00
13.00
Mexico
17.50
17.50
Myanmar
19.50
6.50
Nepal
20.00
20.00
Panama
14.50
14.50
Pakistan
20.00
20.00
Peru
20.00
6.10
Philippine
  • Pemegang Diplomatic Passport dan Pasport Khas tidak memerlukan visa
  • Pemegang Pasport Biasa memerlukan Visa untuk tinggal tidak melebihi tempoh 59 hari, percuma.
  • Pemegang Pasport Biasa memerlukan Visa untuk tinggal bagi tempoh melebihi 59 hari, bayaran dikenakan RM36.00
  • Transit Visa - percuma
Poland
26.20
8.00
Portugal
6.50
6.50
Saudi Arabia
17.20
8.60
Spain
11.60
6.45
Sri Lanka
15.00
15.00
Sudan
12.90
4.30
Thailand
  • Percuma
  • Pemegang Pasport Diplomat dan Service Pasport tidak memerlukan Visa
Amerika Syarikat
6.00
-
Uruguay
13.50
13.50
Venezuela
18.00
18.00
Vietnam
13.00
1.50
Lain-lain negara yang tidak dinyatakan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00

5.

Kadar Bayaran Security Bond Mengikut Negara







RM 2000.00
Canada
USA
Colombia
Angola
Burkina Faso
Burundi
Cameroon
Central African Republic
Republic Congo
Republic Democratic Congo
Cote D'Ivoire
Djibouti
Equatorial Guinea
Eritrea
Ethiopia
Guinea-Bissau
Ghan
Liberia
Mali Mozambique
Niger
Nigeria
Rwanda
Western Sahara
RM1000.00
Japan
South Korea
Macao
Hong Kong
-
RM1500.00
Saudi Arabia
Africa
Australia
British C.I
Brunei
China
Europe
Iran
Iraq
Portugal C.I
Taiwan
Tunisia
Vietnam
RM 750.00
Bangladesh
Phillipines
India
Myanmar
Nepal
Pakistan
Sri Lanka
Fee for other
countries is
RM1500.00
RM500.00
Indonesia
RM300.00
Thailand
RM200.00
Singapore
 

6.Visa Dengan Rujukan (VDR)



Visa Dengan Rujukan (VDR) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen.
Kategori:
A. Isteri Kepada Warganegara
• Borang Imm.12 (2 salinan)
• Borang Imm.38
• Salinan Kad Pengenalan penaja (suami)
• Salinan pasport suami (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetak
• Salinan pasport pemohon (semua muka surat yang bercetak)
• Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
• Gambar suami/ isteri berukuran pasport (2 keping)
• Gambar perkahwinan
• Surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda)
• Borang temuduga VDR
• Security Bond
• Surat Akuan Sumpah
B. Suami Kepada Warganegara
• Surat permohonan dari Kedutaan/ Suruhanjaya Tinggi Malaysia
• Borang Imm.12 (2 salinan)
• Borang Imm.38
• Gambar suami/ isteri berukuran pasport (2 keping)
• Salinan kad pengenalan penaja (isteri)
• Salinan pasport pemohon jika berkahwin di Malaysia (semua muka surat yang bercetak)
• Salinan pasport isteri jika berkahwin di luar Malaysia (semua muka surat yang bercetak)
• Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
• Pendapatan RM2,000.00 berserta slip gaji/ Borang J (jika tiada sila kemukakan penjamin)
• Security Bond
C. Pemegang Pasport Afghanistan
• Memohon melalui Kedutaan/ Suruhanjaya Tinggi di Malaysia
• Borang Imm.47
• Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
• Salinan pasport pemohon
• Kad Pengenalan Penaja
• Surat Akuan Penaja
• Security Bond
D. Melawat Keluarga Bagi Warganegara India sahaja
• Borang Imm.12 (2 salinan)
• Borang Imm.38
• Salinan kad pengenalan penaja
• Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
• Salinan pasport pemohon (semua muka surat bercetak)
• Bukti pendapatan - slip gaji/ Borang J (Jabatan Hasil Dalam Negeri)
• Bukti pertalian keluarga
E. Melawat Keluarga Bagi Warganegara China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba
• Borang Imm.12 (2 salinan)
• Borang Imm.38
• Surat iringan dari penaja
• Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
• Salinan pasport pemohon (semua muka surat bercetak)
• Surat menyurat (terjemahan yang telah disahkan dan asal)
• Umur 30 tahun ke atas
• Bukti pertalian:
a. Salinan sijil kahwin penaja dan anak
b. Salinan notarial Certificate



No comments:

Ratings and Recommendations by outbrain

PROMOTION TERBAIK